Tuesday, November 17, 2009

pantang pijak kepala

Badak air marah baham buaya

SEEKOR badak air membaham buaya yang merayap di atas badan sekumpulan haiwan itu.

DODOMA - Seekor buaya di Tanzania mati diserang sejumlah badak air semasa ia merayap di atas kepala haiwan itu untuk menyeberangi sebatang sungai, lapor sebuah akhbar semalam.

Detik-detik itu sempat dirakamkan oleh jurugambar warga Republik Czech, Vaclav Silha, 45, di Sungai Nil di Taman Negara Serengeti, 485 kilometer dari Dodoma, baru-baru ini.

Kejadian itu berlaku apabila kumpulan badak air berasa terancam kerana melihat kehadiran buaya tersebut.

Kira-kira 50 ekor badak air berada di sungai itu dan gambar tersebut akan disiarkan menerusi majalah BBC Wildlife Magazine.

- Agensi

Thursday, October 29, 2009

http://www.youtube.com/watch?v=REXi05yGfg0&feature=related

Wednesday, October 21, 2009



HAJI MABRUR

Ibn Hajar Al-Asqalani di dalam kitabnya Al-Fath Bari , memetik kata -kata Ibn Al-Khalawih menyatakan haji mabrur ialah haji yang makbul iaitu haji yang diterima oleh Allah.

Al-Imam Al-Nawawi menyatakan haji yang mabrur ialah amalan haji yang tidak bercampur dengan perkara-perkara dosa.

Banyak hadith yang menjelaskan kelebihan haji mabrur. Antaranya ialah :

Riwayat dari Abu Hurairah Radiyallahu’anhu:

“Ditanyakan kepada Baginda manakah amalan yang lebih afdal? Maka dijawabnya iman kepada Allah dan Rasulnya. Kemudian apa? Jihad di jalan Allah. Kemudian? Sabdanya: Haji yang mabrur (diterima).”

“Aku dengar Nabi bersabda: sesiapa yang menunaikan haji kerana Allah, kemudian tidak melakukan kerosakan dan tidak fasiq, maka dia akan kembali seolah-olah baru dilahirkan oleh ibunya (bersih daripada dosa-dosa)“.


Riwayat ‘Aisyah Radiyallahu’anha:
“Wahai Rasulullah, kami melihat jihad adalah seafdal-afdal amalan. Adakah kami perlu berjihad? Sabda baginda: Tidak, akan tetapi seafdal-afdal jihad ialah haji yang diterima (mabrur)“.

• Hajinya hendaklah ikhlas semata-mata kerana Allah dan tidak riak (menunjuk-menunjuk).

Imam Nawawi ketika menafsirkan hadith di atas dengan berkata;
“Mabrur (diterima) adalah baik hajinya. Dikatakan al-mabrur juga ialah haji yang tidak bercampur dengan dosa. Ada yang mengatakan tidak riak pada hajinya.”
Niat menunaikan haji hendaklah ikhlas bermula dari keluar rumah dan tidak boleh berniat selain daripada Allah seperti perasaan riak iaitu menunjuk-nunjuk atau sebagainya yang membawa kepada kemurkaan Allah.

Malah, Rasulullah mengajar kita dengan doa yang telah thabit di dalam hadisnya, antaranya doa ketika bermusafir:
“Ya Allah, Engkaulah Empunya permusafiran ini, dan khalifah bagi (menjaga) keluarga (ku), aku berlindung dengan-Mu dari keburukan permusafiran, kekaburan penglihatan, keburukan pada harta dan keluarga“.


• Semua perbelanjaan haji adalah berpunca daripada yang halal.

Di dalam Sahih Muslim ada hadith menyebut:
“Sesungguhnya Allah itu baik, dan tidak menerima kecuali yang baik-baik dan sesungguhnya Allah menyuruh orang mukmin mengikut apa yang diperintahkan oleh para utusan Allah. Kemudian baginda membacakan ayat al-Quran.
“Wahai sekalian Rasul, makanlah daripada (makanan) yang baik-baik (halal) dan beramal soleh. Sesungguhnya aku tahu apa yang kamu lakukan. Kemudian Rasulullah membacakan lagi:

“Wahai orang yang beriman, makanlah dari (makanan) yang baik-baik (halal) dari apa yang kami rezekikan” (Surah al-Baqarah 172).
Kemudian disebut, seorang lelaki bermusafir menadah tangan ke langit seraya berkata ‘Ya Tuhanku’ sedangkan punca makanan dari yang haram, minuman punca yang haram, pakaiannya punca yang haram. Bagaimana ia boleh diterima?”.


• Melakukan fardu haji sesuai dengan ditunjukkan oleh sunnah yang sahih.
Bermula dengan niat sehinggalah haji wada’ ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah di dalam sunnahnya. Sebagai seorang Muslim yang sejati, kita wajar meneladani Baginda tanpa menambah ibadat yang tidak pernah dilakukan Baginda.

Melakukan ibadat haji sepenuhnya dengan taat tanpa mempertikaikannya.
Ali Radiyallahu’anh ketika ditanya perbuatannya mencium hajarul aswad, maka beliau menjawab “Kau hanya sebuah batu yang tidak mampu membawa mudarat dan faedah, kalau bukan kerana aku lihat Rasulullah mengucupnya, sudah aku tidak aku mengucupnya.” (Muttafaqun Alaih).
Ini jelas menunjukkan kita melakukan ibadat mengikut teladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah tanpa menokok tambah berdasarkan akal semata-mata.


• Selepas menunaikan haji, berusaha pula melakukan badal (ganti) haji ayah dan ibu yang tidak berkemampuan menunaikan Haji.
Ini sesuai dengan hadis:

“Ya Rasulullah, sesungguhnya emakku telah bernazar untuk menunaikan haji, tetapi tidak ditunaikan sehingga dia meninggal dunia, adakah aku perlu menunaikan hajinya? Sabda Rasulullah: Ya, tunaikanlah haji untuknya. Adakah kau lihat jika emakmu berhutang engkau akan membayarnya? Jawab wanita itu: Ya. Sabda Nabi: Begitu juga (hutang) kepada Allah. Malah kepada Allah lebih layak dilunaskan (hutangnya)“. (Sahih Bukhari No Hadith 1720, 6771).

Antara tanda-tanda seseorang beroleh haji mabrur

Tuesday, October 6, 2009

andaiku tahu

Buku Wasiat dan Hibah


Wasiat dan hibah adalah buku pertama di dalam siri analisis hadith-hadith muamalah.
Memberi kefahaman berhubung transaksi wasiat dan hibah di dalam Islam melalui sumber yang berautoriti dan huraian fiqh daripada ulama yang berwibawa.
Mengandungi 45 prinsip fiqh iaitu 22 prinsip wasiat dan 23 prinsip hibah.